Jumaat, 21 April 2017

HADITH KELEBIHAN MEMBACA DAN MENGHAFAL SURAH AL-KAHFI

HADITH PERTAMA

عَنْ أَبِى سَعِيدٍ الْخُدْرِىِّ أَنَّ النَّبِىَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ : مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ فِى يَوْمِ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ مَا بَيْنَ الْجُمُعَتَيْنِ

Maksudnya :
Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a, bahawa Nabi SAW bersabda : “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, (nescaya Allah) akan menyinarinya dengan cahaya di antara dua Jumaat.”
- [Hadith SAHIH. Diriwayatkan oleh al-Hakim di dalam kitab al-Mustadrak, II/399, no. 3392, dan al-Baihaqi di dalam kitab Sunannya, III/249, no. 5792. Al-Hakim berkata : “Isnad Hadith ini SAHIH, tetapi Imam al-Bukhari dan Imam Muslim tidak mengeluarkannya (merekodkannya)”].

HADITH KEDUA

عَنْ أَبِى الدَّرْدَاءِ أَنَّ النَّبِىَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ : مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ. وفي رواية : من آخر سورة الكهف

Maksudnya :
Daripada Abu Darda’ r.a, bahawa Nabi SAW bersabda : “Sesiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama daripada surah al-Kahfi, nescaya dia akan terlindung daripada (fitnah) Dajjal.” Dan di dalam riwayat lain disebutkan : “Sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi.”
- [Hadith SAHIH. Diriwayatkan oleh Imam Muslim (I/555, no. 809), Imam Ahmad (V/196, no. 21760), Ibnu Hibban (III/366, no. 786), al-Hakim (II/399, no. 3391), dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (V/453, no. 2344)].

HADITH KETIGA

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من قرأ سورة الكهف كما أنزلت، كانت له نورا يوم القيامة من مقامه إلى مكة، ومن قرأ عشر آيات من آخرها ثم خرج الدجال لم يسلط عليه، ومن توضأ ثم قال : سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ، كَتَبَ فِي رَقٍّ ثُمَّ طُبِعَ بِطَابَعٍ فَلَمْ يُكْسَرْ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ

Maksudnya :
Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi seperti mana ia diturunkan, nescaya surah ini akan menjadi cahaya baginya pada hari Qiamat dari tempat tinggalnya sehingga ke Makkah. Dan sesiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, kemudian Dajjal keluar (datang), (nescaya) Dajjal tidak akan dapat membahayakannya. Dan sesiapa yang berwudhuk, kemudian dia mengucapkan : “Subhanakallahumma wa bihamdika la ilaha illa anta astaghfiruka wa atubu ilaik”, maka (pahalanya) akan ditulis pada lembaran putih yang bersih, kemudian dicetak dengan alatan (cetakan), dan (lembaran tersebut) tidak akan koyak (hancur) sehingga hari Qiamat.”
- [Hadith SAHIH. Diriwayatkan oleh an-Nasa’i di dalam kitab Amal al-Yaumi Wa al-Lailati (no. 81 dan 952), al-Tobarani di dalam kitab al-Mu’jam al-Ausat (II/123, no. 1455), dan al-Hakim (I/752, no. 2072) serta beliau berkata bahawa : “Hadith ini SAHIH sesuai dengan syarat Imam Muslim, tetapi kedua-duanya (Imam al-Bukhari dan Imam Muslim) tidak mengeluarkannya (tidak merekodkannya di dalam kitab Sahih masing-masing)”].

AL-FAQIR ILALLAH :

AL-FAQIR SYAMSUL HADI BIN HAJI ABDUL SUKOR.
Guru,
Sekolah Menengah Agama al-Taqwa (SMAT),
Bukit Beruntung, Hulu Selangor.
www.syamsulhadisukor.blogspot.com

1 ulasan:

  1. https://syamsulhadisukor.blogspot.my/2017/04/hadis-kelebihan-membaca-dan-menghafal.html?m=1

    BalasPadam