Isnin, 24 April 2017

HADIS BERKENAAN AIR LIUR KUCING ATAU SISA AIR YANG DIMINUM OLEH KUCING

SOALAN :

Salam ustaz, ni sahih ke?



JAWAPAN :

Wa'alaikumussalam.

Daripada Aisyah r.a, beliau berkata (bahawa) :

.قَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَوَضَّأُ بِفَضْلِهَا

Maksudnya : “Sesungguhnya aku pernah melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam berwudhuk dengan sisa airnya (IAITU sisa air yang diminum oleh KUCING).”
- (Hadis riwayat Imam Abu Daud, no. 76. Hadis ini dinilai SAHIH).

Daripada Abu Qatadah r.a, Nabi SAW bersabda :

.إِنَّهَا لَيْسَتْ بِنَجَسٍ إِنَّهَا مِنَ الطَّوَّافِينَ عَلَيْكُمْ وَالطَّوَّافَاتِ

Maksudnya : “Sesungguhnya ia (KUCING) tidaklah najis. Sesungguhnya ia (KUCING adalah) daripada haiwan yang selalu berkeliaran (berlegar-legar) di sekeliling kamu semua.”
- [Hadis riwayat Abu Daud (no. 75), at-Tirmizi (no. 92), an-Nasa'i (no. 68), dan Ibnu Majah (no. 367). Dinilai SAHIH oleh at-Tirmizi, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, al-Hakim dan lain-lain. Al-Hafiz Abu Tohir menyatakan bahawa sanad hadis ini SAHIH. Manakala di dalam Irwa’ul Gholil, no. 173, dinyatakan bahawa hadis ini SAHIH].

.والله أعلم بالصواب

AL-FAQIR SYAMSUL HADI BIN HAJI ABDUL SUKOR.
Guru,
Sekolah Menengah Agama al-Taqwa (SMAT),
Bukit Beruntung, Hulu Selangor.
(Khamis, 9 Rejab 1438 Hijriyyah / 6 April 2017).

1 ulasan:

  1. http://syamsulhadisukor.blogspot.my/2017/04/hukum-air-liur-kucing-atau-sisa-air.html?m=1

    BalasPadam