إنكم في زمان كثير فقهاؤه قليل خطباؤه، قليل سؤاله كثير معطوه، العمل فيه قائد
للهوى، وسيأتي من بعدكم زمان قليل فقهاؤه كثير خطباؤه، كثير سؤاله قليل معطوه،
الهوى فيه قائد للعمل، اعلموا أن حسن الهدي في آخر الزمان خير من بعض العمل.
Maksudnya :
“Sesungguhnya kamu
semua hidup pada zaman (ini) di mana ramainya fuqaha’ (ilmuwan), (namun)
sedikitnya khutoba’ (penceramah), (manakala) sedikit orang yang
meminta-minta, (namun) ramai orang yang memberi. Pada zaman ini amal (ibadah) seseorang
itulah yang mengawal hawa nafsunya. (WALAU BAGAIMANAPUN) NANTI AKAN DATANG SUATU
ZAMAN DI MANA SEDIKITNYA FUQAHA’ (ILMUWAN), (NAMUN) RAMAINYA KHUTOBA’
(PENCERAMAH), (MANAKALA) RAMAI ORANG YANG MEMINTA-MINTA, (NAMUN) SEDIKIT ORANG
YANG MEMBERI. PADA ZAMAN ITU HAWA NAFSU SESEORANGLAH YANG MENGAWAL AMALANNYA.
KETAHUILAH KAMU SEMUA BAHAWA KEBAIKAN (KELEBIHAN) SUATU PETUNJUK (ILMU / HIKMAH)
PADA AKHIR ZAMAN ITU ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MELAKUKAN SEBAHAGIAN AMAL
(IBADAH).”
- [Athar mawquf yang disandarkan kepada Ibnu Mas’ud r.a. Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam kitabnya al-Muwatta’ (1/173), Imam al-Bukhari dalam kitabnya al-Adab al-Mufrad (no. 785), dan Imam al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani dalam kitabnya al-Fath (10/510), serta beliau berkata bahawa sanad athar ini SAHIH. Athar ini juga berstatus HASAN menurut kitab Sahih al-Adab al-Mufrad].
اقتصاد في سنة خير من اجتهاد في بدعة.
Maksudnya :
“BERSEDERHANA DI
ATAS SUNNAH (RASULULLAH SAW) ITU ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA BERSUNGGUH-SUNGGUH
DI ATAS (PERKARA) BID’AH (DHALALAH / YANG TERCELA).”
- [Athar mawquf yang disandarkan kepada Ibnu Mas’ud r.a. Diriwayatkan oleh Imam al-Hafiz Abu al-Qasim al-Razi Hibatallah al-Hasan al-Lalika’i dalam kitabnya Syarh Usul I’tiqad Ahli al-Sunnah (no. 114), dan Imam al-Hakim dalam kitabnya al-Mustadrak (no. 352), serta beliau berkata bahawa athar ini SAHIH sesuai dengan syarat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, dan ia disepakati oleh Imam al-Zahabi. Turut meriwayatkan athar ini ialah Imam al-Darimi dalam kitab Sunannya (no. 223) dan ia berstatus SAHIH menurut kitab Sahih al-Targhib (no. 41)].