Isnin, 19 April 2021

SUATU ZAMAN DI MANA SEDIKITNYA FUQAHA’ (ILMUWAN) TETAPI RAMAINYA PENCERAMAH. MANAKALA KELEBIHAN BERILMU PULA ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MELAKUKAN SEBAHAGIAN AMALAN


Ibnu Mas’ud r.a pernah berkata :

إنكم في زمان كثير فقهاؤه قليل خطباؤه، قليل سؤاله كثير معطوه، العمل فيه قائد للهوى، وسيأتي من بعدكم زمان قليل فقهاؤه كثير خطباؤه، كثير سؤاله قليل معطوه، الهوى فيه قائد للعمل، اعلموا أن حسن الهدي في آخر الزمان خير من بعض العمل.

Maksudnya :

“Sesungguhnya kamu semua hidup pada zaman (ini) di mana ramainya fuqaha’ (ilmuwan), (namun) sedikitnya khutoba’ (penceramah), (manakala) sedikit orang yang meminta-minta, (namun) ramai orang yang memberi. Pada zaman ini amal (ibadah) seseorang itulah yang mengawal hawa nafsunya. (WALAU BAGAIMANAPUN) NANTI AKAN DATANG SUATU ZAMAN DI MANA SEDIKITNYA FUQAHA’ (ILMUWAN), (NAMUN) RAMAINYA KHUTOBA’ (PENCERAMAH), (MANAKALA) RAMAI ORANG YANG MEMINTA-MINTA, (NAMUN) SEDIKIT ORANG YANG MEMBERI. PADA ZAMAN ITU HAWA NAFSU SESEORANGLAH YANG MENGAWAL AMALANNYA. KETAHUILAH KAMU SEMUA BAHAWA KEBAIKAN (KELEBIHAN) SUATU PETUNJUK (ILMU / HIKMAH) PADA AKHIR ZAMAN ITU ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MELAKUKAN SEBAHAGIAN AMAL (IBADAH).”

- [Athar mawquf yang disandarkan kepada Ibnu Mas’ud r.a. Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam kitabnya al-Muwatta’ (1/173), Imam al-Bukhari dalam kitabnya al-Adab al-Mufrad (no. 785), dan Imam al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani dalam kitabnya al-Fath (10/510), serta beliau berkata bahawa sanad athar ini SAHIH. Athar ini juga berstatus HASAN menurut kitab Sahih al-Adab al-Mufrad].



Ibnu Mas’ud r.a juga pernah berkata :

اقتصاد في سنة خير من اجتهاد  في بدعة.

Maksudnya :

“BERSEDERHANA DI ATAS SUNNAH (RASULULLAH SAW) ITU ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA BERSUNGGUH-SUNGGUH DI ATAS (PERKARA) BID’AH (DHALALAH / YANG TERCELA).”

- [Athar mawquf yang disandarkan kepada Ibnu Mas’ud r.a. Diriwayatkan oleh Imam al-Hafiz Abu al-Qasim al-Razi Hibatallah al-Hasan al-Lalika’i dalam kitabnya Syarh Usul I’tiqad Ahli al-Sunnah (no. 114), dan Imam al-Hakim dalam kitabnya al-Mustadrak (no. 352), serta beliau berkata bahawa athar ini SAHIH sesuai dengan syarat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, dan ia disepakati oleh Imam al-Zahabi. Turut meriwayatkan athar ini ialah Imam al-Darimi dalam kitab Sunannya (no. 223) dan ia berstatus SAHIH menurut kitab Sahih al-Targhib (no. 41)].


WAllahu A’lam.

Sabtu, 17 April 2021

TINGGALKAN PERDEBATAN WALAUPUN BERADA DI PIHAK YANG BENAR


Nabi SAW bersabda :

أَنَا زَعِيمٌ بِبَيْتٍ فِي رَبَضِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْمِرَاءَ وَإِنْ كَانَ مُحِقًّا، وَبِبَيْتٍ فِي وَسَطِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْكَذِبَ وَإِنْ كَانَ مَازِحًا، وَبِبَيْتٍ فِي أَعْلَى الْجَنَّةِ لِمَنْ حَسَّنَ خُلُقَهُ.

Maksudnya :

“AKU (RASULULLAH) MEMBERIKAN JAMINAN DENGAN RUMAH DI TEPI SYURGA BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN PERDEBATAN WALAUPUN DIA IALAH ORANG (YANG BERADA DI PIHAK) YANG BENAR. (Aku memberikan jaminan) dengan rumah di tengah-tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta walaupun dia (hanya) bergurau. (Aku memberikan jaminan) dengan rumah di syurga yang tertinggi bagi orang yang memperbaguskan akhlaknya.”

- [Hadith riwayat Imam Abu Daud, nombor 4800. DISAHIHKAN oleh Imam al-Nawawi di dalam kitabnya Riyadhus Solihin (nombor 630), dan DIHASANKAN di dalam kitab al-Sahihah (nombor 273)].



Rasulullah SAW bersabda :

إِنَّ أَبْغَضَ الرِّجَالِ إِلَى اللهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ.

Maksudnya :

“SESUNGGUHNYA ORANG YANG PALING DIBENCI OLEH ALLAH IALAH ORANG YANG PALING KASAR DEBATNYA.”

- (Hadith riwayat Imam Muslim, nombor 2668).



Imam al-Syafi’i rahimahullah pernah berkata :

مَا جَادَلْتُ أَحَدًا إِلَّا تَمَنَّيْتُ أَنْ يُظْهِرَ اللهُ الْحَقَّ عَلَى لِسَانِهِ دُوْنِيْ.

Maksudnya :

“Aku TIDAK AKAN berdebat dengan seseorang MELAINKAN aku mengharapkan Allah SWT menzahirkan (menampakkan) kebenaran di atas lidahnya (kata-katanya) berbanding diriku.”

Imam al-Syafi’i rahimahullah juga pernah berkata bahawa :

مَا نَاظَرْتُ أَحَدًا قَطُّ عَلَى الْغَلَبَةِ.

Maksudnya :

“Aku (Imam al-Syafi’i) TIDAK PERNAH berdebat untuk mencari kemenangan.”



WAllahu A’lam.

PRINSIP 6 : TIDAK MEMBALAS KEJAHATAN DENGAN KEJAHATAN, TETAPI MEMBALAS KEJAHATAN DENGAN KEBAIKAN. JADILAH SEPERTI POKOK BERBUAH LEBAT YANG DIBALING DENGAN BATU, TETAPI TETAP MEMBERIKAN BUAH

وَلَا تَسۡتَوِي ٱلۡحَسَنَةُ وَلَا ٱلسَّيِّئَةُۚ ٱدۡفَعۡ بِٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُ فَإِذَا ٱلَّذِي بَيۡنَكَ وَبَيۡنَهُۥ عَدَٰوَةٞ كَأَنَّهُۥ وَلِيٌّ حَمِيمٞ ٣٤ وَمَا يُلَقَّىٰهَآ إِلَّا ٱلَّذِينَ صَبَرُواْ وَمَا يُلَقَّىٰهَآ إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٖ ٣٥

Maksudnya :

“Dan tidaklah sama (kesan dan hukumnya) perbuatan yang baik dengan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepada kamu) dengan cara yang lebih baik. Apabila kamu berbuat demikian, maka orang yang menaruh permusuhan terhadap kamu, dengan serta-merta akan menjadi seperti sahabat karib. Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima (dan diamalkan) melainkan orang-orang yang bersikap sabar. Dan tidak juga dapat diterima (dan diamalkan) melainkan orang yang mempunyai bahagian yang besar (daripada kebahagiaan dunia dan akhirat).”

- (Surah Fussilat, ayat 34-35).

 

وَجَزَٰٓؤُاْ سَيِّئَةٖ سَيِّئَةٞ مِّثۡلُهَاۖ فَمَنۡ عَفَا وَأَصۡلَحَ فَأَجۡرُهُۥ عَلَى ٱللَّهِۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ ٱلظَّٰلِمِينَ ٤٠

Maksudnya :

“Dan (jika kamu hendak membalas, maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang sama dengannya. (Dalam pada itu), sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang lain) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberikan balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim.”

- (Surah al-Syura, ayat 40).



Prinsip Keenam.

Nasihat Untuk Diriku.