Jumaat, 26 Jun 2020

PRINSIP HIDUP 4 : PERCAYA DAN YAKIN SEPENUH HATI DENGAN PERTOLONGAN ALLAH SWT, DAN SENTIASA MENGHARAPKAN BANTUAN ALLAH SWT


لَقَدۡ جَآءَكُمۡ رَسُولٞ مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ عَزِيزٌ عَلَيۡهِ مَا عَنِتُّمۡ حَرِيصٌ عَلَيۡكُم بِٱلۡمُؤۡمِنِينَ رَءُوفٞ رَّحِيمٞ ١٢٨ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَقُلۡ حَسۡبِيَ ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ عَلَيۡهِ تَوَكَّلۡتُۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِيمِ ١٢٩

Maksudnya :
“SESUNGGUHNYA TELAH DATANG KEPADA KAMU SEORANG RASUL DARIPADA GOLONGAN KAMU SENDIRI (IAITU NABI MUHAMMAD SAW), YANG MENJADI SANGAT BERAT KEPADANYA SEBARANG KESUSAHAN YANG DITANGGUNG OLEH KAMU, YANG SANGAT INGINKAN KEBAIKAN BAGI KAMU, (DAN) DIA PULA MENUMPAHKAN PERASAAN BELAS KASIHAN DAN KASIH-SAYANGNYA KEPADA ORANG-ORANG YANG BERIMAN. KEMUDIAN JIKA MEREKA BERPALING INGKAR, MAKA KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD) : “CUKUPLAH BAGIKU ALLAH (YANG MENOLONG DAN MEMELIHARAKU), TIADA TUHAN (YANG BERHAK DISEMBAH) MELAINKAN DIA. KEPADA-NYA AKU BERSERAH DIRI, DAN DIALAH TUHAN YANG MEMPUNYAI ARASY YANG AGUNG.”
- (Surah al-Taubah, ayat 128 dan 129).

Prinsip Hidup Keempat.
Sentiasa Baca dan Amalkan Ayat Ini.

AL-FAQIR SYAMSUL HADI BIN ABDUL SUKOR

Rabu, 24 Jun 2020

PRINSIP HIDUP 3 : BANYAKKAN MENYEBUT DAN MENGINGATI ALLAH SWT BERBANDING MANUSIA, HARTA-BENDA DAN DUNIA


Segala-galanya kerana Allah SWT. Hidup dan mati kerana Allah. Banyakkan menyebut dan mengingati Allah berbanding manusia, harta-benda dan dunia. Kerana daripada Allah kita diciptakan, dan kepada Allah jualah kita kembali. Perjalanan hidup kita sedang menuju Allah SWT. Maka bagaimana hati kita boleh lalai, berpaling dan terpesong daripada Allah SWT?

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ ذِكۡرٗا كَثِيرٗا ٤١ وَسَبِّحُوهُ بُكۡرَةٗ وَأَصِيلًا ٤٢

Maksudnya :
“WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN! INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENGINGATI (NAMA ALLAH) SEBANYAK-BANYAKNYA. DAN BERTASBIHLAH KEPADA-NYA PADA WAKTU PAGI DAN PETANG.”
- (Surah al-Ahzab, ayat 41-42).

سَبَقَ الْمُفَرِّدُوْنَ. قَالُوْا : وَمَا الْمُفَرِّدُوْنَ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ : اَلذَّاكِرُوْنَ اللهَ كَثِيْرًا وَالذَّاكِرَاتُ

Maksudnya :
“AL-MUFARRIDUN TELAH MENDAHULUI.” MEREKA (PARA SAHABAT) BERTANYA : “SIAPAKAH AL-MUFARRIDUN WAHAI RASULULLAH?” BAGINDA BERSABDA : “ORANG LELAKI DAN ORANG PEREMPUAN YANG BANYAK MENGINGATI ALLAH.”
- (Hadith SAHIH riwayat Imam Muslim, no. 2676).

Prinsip Hidup Ketiga.
Nasihat Untuk Diriku.

AL-FAQIR SYAMSUL HADI BIN ABDUL SUKOR

PRINSIP HIDUP 2 : MENCINTAI ALLAH DAN RASULULLAH MELEBIHI CINTA YANG LAIN, SERTA MELETAKKAN CINTA KEPADA ALLAH DAN RASULULLAH YANG TERTINGGI MENGATASI CINTA YANG LAIN


ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلَاوَةَ الْإِيْمَانِ، مَنْ كَانَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا، وَأَنْ يُـحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلهِ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِـي الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللهُ مِنْهُ، كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِـي النَّارِ

Maksudnya :
“ADA TIGA PERKARA APABILA TERDAPAT PADA DIRI SESEORANG, MAKA DIA AKAN MENDAPAT KEMANISAN IMAN. (IAITU PERTAMA,) SESIAPA YANG (MELETAKKAN CINTA KEPADA) ALLAH DAN RASUL-NYA LEBIH DIA CINTAI DARIPADA SELAIN KEDUA-DUANYA. (KEDUA,) APABILA DIA MENCINTAI SESEORANG, MAKA DIA HANYA MENCINTAINYA KERANA ALLAH. (KETIGA,) DIA BENCI UNTUK KEMBALI KEPADA KEKUFURAN SELEPAS ALLAH MENYELAMATKANNYA, SEBAGAIMANA DIA BENCI UNTUK DILEMPARKAN KE DALAM API NERAKA.”
- [Hadith SAHIH riwayat Imam al-Bukhari (no. 16), Imam Muslim (no. 43), Imam al-Tirmizi (no. 2624), Imam al-Nasa’i (VIII / 95-96), dan Imam Ibnu Majah (no. 4033)].

Prinsip Hidup Kedua.
Peringatan Untuk Diriku.

AL-FAQIR SYAMSUL HADI BIN ABDUL SUKOR

PRINSIP HIDUP 1 : HIDUP DAN MATI HANYA KERANA ALLAH SWT, BAHKAN SEGALA-GALANYA HANYALAH KERANA ALLAH SWT


قُلۡ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحۡيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ١٦٢

Maksudnya :
KATAKANLAH : “SESUNGGUHNYA SOLATKU, IBADAHKU, HIDUPKU DAN MATIKU HANYALAH UNTUK ALLAH, TUHAN SEMESTA ALAM.”
- (Surah al-An’am, ayat 162).

Prinsip Hidup Pertama.
Segala-galanya Kerana Allah.
Pegang Sampai Mati.

AL-FAQIR SYAMSUL HADI BIN ABDUL SUKOR

Jumaat, 19 Jun 2020

SUKAR MENDENGAR NASIHAT DAN SUSAH MENERIMA KEBAIKAN ADALAH TANDA-TANDA HATI SUDAH ROSAK DAN MENJADI KERAS MEMBATU


AL-MARHUM TUAN GURU DATO’ NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT KETIKA HAYATNYA PERNAH BERKATA :
“SESUNGGUHNYA MANUSIA APABILA SUDAH KERAS HATI MEREKA, PASTI SUSAH UNTUK MENDENGAR KATA DAN NASIHAT. APABILA HAWA NAFSU MEREKA TELAH SELARI DENGAN KEHENDAK HATI, KETIKA ITU SEBARANG KEBAIKAN SUSAH UNTUK DITERIMA.”

Justeru, renung-renungkanlah.

Allah SWT berfirman dalam al-Quran :

وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِۖ لَهُمۡ قُلُوبٞ لَّا يَفۡقَهُونَ بِهَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٞ لَّا يُبۡصِرُونَ بِهَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٞ لَّا يَسۡمَعُونَ بِهَآۚ أُوْلَٰٓئِكَ كَٱلۡأَنۡعَٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّۚ أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡغَٰفِلُونَ 

Maksudnya :
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam itu banyak daripada kalangan jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah), dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.”
- (Surah al-A’raf, ayat 179).

Firman Allah SWT :

أَفَمَن شَرَحَ ٱللَّهُ صَدۡرَهُۥ لِلۡإِسۡلَٰمِ فَهُوَ عَلَىٰ نُورٖ مِّن رَّبِّهِۦۚ فَوَيۡلٞ لِّلۡقَٰسِيَةِ قُلُوبُهُم مِّن ذِكۡرِ ٱللَّهِۚ أُوْلَٰٓئِكَ فِي ضَلَٰلٖ مُّبِينٍ ٢٢

Maksudnya :
“Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan dadanya oleh Allah untuk menerima Islam, lalu dia tetap berada dalam cahaya (petunjuk) daripada Tuhannya (sama sepertimana orang yang tertutup hatinya dengan perbuatan ingkar-derhaka)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras hatinya daripada menerima peringatan yang diberikan oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya ialah berada dalam kesesatan yang nyata.”
- (Surah al-Zumar, ayat 22).

AL-FAQIR ILALLAH :

AL-FAQIR SYAMSUL HADI BIN ABDUL SUKOR.
(Jumaat, 27 Syawwal 1441 Hijriyyah / 19 Jun 2020).