Rabu, 24 Jun 2020

PRINSIP HIDUP 3 : BANYAKKAN MENYEBUT DAN MENGINGATI ALLAH SWT BERBANDING MANUSIA, HARTA-BENDA DAN DUNIA


Segala-galanya kerana Allah SWT. Hidup dan mati kerana Allah. Banyakkan menyebut dan mengingati Allah berbanding manusia, harta-benda dan dunia. Kerana daripada Allah kita diciptakan, dan kepada Allah jualah kita kembali. Perjalanan hidup kita sedang menuju Allah SWT. Maka bagaimana hati kita boleh lalai, berpaling dan terpesong daripada Allah SWT?

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ ذِكۡرٗا كَثِيرٗا ٤١ وَسَبِّحُوهُ بُكۡرَةٗ وَأَصِيلًا ٤٢

Maksudnya :
“WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN! INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENGINGATI (NAMA ALLAH) SEBANYAK-BANYAKNYA. DAN BERTASBIHLAH KEPADA-NYA PADA WAKTU PAGI DAN PETANG.”
- (Surah al-Ahzab, ayat 41-42).

سَبَقَ الْمُفَرِّدُوْنَ. قَالُوْا : وَمَا الْمُفَرِّدُوْنَ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ : اَلذَّاكِرُوْنَ اللهَ كَثِيْرًا وَالذَّاكِرَاتُ

Maksudnya :
“AL-MUFARRIDUN TELAH MENDAHULUI.” MEREKA (PARA SAHABAT) BERTANYA : “SIAPAKAH AL-MUFARRIDUN WAHAI RASULULLAH?” BAGINDA BERSABDA : “ORANG LELAKI DAN ORANG PEREMPUAN YANG BANYAK MENGINGATI ALLAH.”
- (Hadith SAHIH riwayat Imam Muslim, no. 2676).

Prinsip Hidup Ketiga.
Nasihat Untuk Diriku.

AL-FAQIR SYAMSUL HADI BIN ABDUL SUKOR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan