Jumaat, 19 Jun 2020

SUKAR MENDENGAR NASIHAT DAN SUSAH MENERIMA KEBAIKAN ADALAH TANDA-TANDA HATI SUDAH ROSAK DAN MENJADI KERAS MEMBATU


AL-MARHUM TUAN GURU DATO’ NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT KETIKA HAYATNYA PERNAH BERKATA :
“SESUNGGUHNYA MANUSIA APABILA SUDAH KERAS HATI MEREKA, PASTI SUSAH UNTUK MENDENGAR KATA DAN NASIHAT. APABILA HAWA NAFSU MEREKA TELAH SELARI DENGAN KEHENDAK HATI, KETIKA ITU SEBARANG KEBAIKAN SUSAH UNTUK DITERIMA.”

Justeru, renung-renungkanlah.

Allah SWT berfirman dalam al-Quran :

وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِۖ لَهُمۡ قُلُوبٞ لَّا يَفۡقَهُونَ بِهَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٞ لَّا يُبۡصِرُونَ بِهَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٞ لَّا يَسۡمَعُونَ بِهَآۚ أُوْلَٰٓئِكَ كَٱلۡأَنۡعَٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّۚ أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡغَٰفِلُونَ 

Maksudnya :
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam itu banyak daripada kalangan jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah), dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.”
- (Surah al-A’raf, ayat 179).

Firman Allah SWT :

أَفَمَن شَرَحَ ٱللَّهُ صَدۡرَهُۥ لِلۡإِسۡلَٰمِ فَهُوَ عَلَىٰ نُورٖ مِّن رَّبِّهِۦۚ فَوَيۡلٞ لِّلۡقَٰسِيَةِ قُلُوبُهُم مِّن ذِكۡرِ ٱللَّهِۚ أُوْلَٰٓئِكَ فِي ضَلَٰلٖ مُّبِينٍ ٢٢

Maksudnya :
“Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan dadanya oleh Allah untuk menerima Islam, lalu dia tetap berada dalam cahaya (petunjuk) daripada Tuhannya (sama sepertimana orang yang tertutup hatinya dengan perbuatan ingkar-derhaka)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras hatinya daripada menerima peringatan yang diberikan oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya ialah berada dalam kesesatan yang nyata.”
- (Surah al-Zumar, ayat 22).

AL-FAQIR ILALLAH :

AL-FAQIR SYAMSUL HADI BIN ABDUL SUKOR.
(Jumaat, 27 Syawwal 1441 Hijriyyah / 19 Jun 2020).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan