HADITH 1
Daripada Abu Hurairah
r.a, Rasulullah SAW bersabda :
إِنَّهَا سَتَأْتِي عَلَى النَّاسِ سِنُونَ خَدَّاعَةٌ، يُصَدَّقُ
فِيهَا الْكَاذِبُ، وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ، وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ،
وَيُخَوَّنُ فِيهَا اْلأَمِينُ، وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ، قِيلَ: وَمَـا
الرُّوَيْبِضَةُ؟ قَالَ: السَّفِيهُ يَتَكَلَّمُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ
Maksudnya :
“Sesungguhnya akan
datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Seseorang
pembohong dibenarkan, dan seseorang yang benar dianggap berbohong. Seseorang
pengkhianat dipercayai, dan seseorang yang dipercayai dianggap pengkhianat. Dan
ketika itu Ruwaibidhah akan berbicara.” Ditanyakan kepada Baginda : “Siapakah
Ruwaibidhah itu?” Baginda menjawab : “Orang bodoh yang berbicara tentang urusan
orang ramai (ummah).”
- [Rujuk : Musnad
Imam Ahmad (XV/37-38). Syarah dan ta’liq oleh Ahmad Syakir dan beliau
berkata : “Sanadnya Hasan, dan matannya Sahih.” Imam Ibnu Kathir
berkata : “Ini ialah sanad yang Jayyid, dan mereka tidak meriwayatkannya
daripada jalan ini.” (Rujuk : Al-Nihayah / Al-Fitan Wal Malahim (I/181),
ditahqiq oleh Dr. Toha Zaini)].
HADITH 2
Imam Ibnu Majah
meriwayatkan di dalam kitab Sunannya bahawa :
حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ
بْنُ هَارُونَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ قُدَامَةَ الْجُمَحِيُّ عَنْ إِسْحَقَ
بْنِ أَبِي الْفُرَاتِ عَنْ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ
يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ
وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ
قَالَ الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ
Maksudnya :
Telah menceritakan
kepada kami daripada Abu Bakr bin Abi Syaibah, telah menceritakan kepada kami
daripada Yazid bin Harun, telah menceritakan kepada kami daripada Abdul Malik
bin Qudamah al-Jumahi, telah menceritakan kepada kami daripada Ishaq bin Abil
Furrat daripada al-Maqburi daripada Abu Hurairah r.a, dia berkata (bahawa)
Rasulullah s.a.w bersabda : “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh
dengan penipuan. Ketika itu pendusta dibenarkan, sedangkan orang yang jujur
didustakan. Pengkhianat dipercayai, sedangkan orang yang amanah dianggap
sebagai pengkhianat. Pada ketika itu Ruwaibidhah berbicara.” Ada (di kalangan
Sahabat) yang bertanya : “Apakah Ruwaibidhah itu?” Baginda menjawab : “Orang
bodoh (yang turut campur) dalam urusan masyarakat.”
- [Hadith Sahih
riwayat Imam Ibnu Majah. Disahihkan oleh Muhammad Nasir al-Din al-Albani di dalam
kitab al-Sahihah].
HADITH 3
Di dalam kitab al-Mustadrak
‘Ala al-Sahihain, Imam al-Hakim memuatkan sebuah hadith (yang bermaksud) :
“Akan tiba kepada
manusia tahun-tahun yang penuh dengan pembohongan. Ketika itu orang bohong
dianggap jujur. Orang jujur pula dianggap bohong. Pengkhianat dianggap amanah.
Orang amanah dianggap pengkhianat. Ketika itu Ruwaibidhah akan berbicara. Ada
(di kalangan Sahabat) yang bertanya : “Siapa Ruwaibidhah itu?” Nabi menjawab :
“Orang bodoh yang menguruskan urusan masyarakat umum.”
- (Hadith riwayat
Imam al-Hakim di dalam kitabnya al-Mustadrak ‘Ala al-Sahihain, V/465.
Mengenai hadith ini, Imam al-Hakim berkata : “Ini ialah hadith dengan isnad Sahih
walaupun al-Bukhari dan Muslim tidak mengeluarkannya.” Imam al-Zahabi juga
menyetujuinya).
WAllahu A’lam.
AL-FAQIR ILALLAH :
AL-FAQIR SYAMSUL
HADI BIN ABDUL SUKOR
Pengajian al-Quran
dan al-Sunnah (PBJJ)
Pusat Kajian
al-Quran Dan al-Sunnah
Fakulti Pengajian
Islam
Universiti
Kebangsaan Malaysia
(Selasa, 13 Sya’ban
1441 Hijriyyah / 7 April 2020)
www.syamsulhadisukor.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan