Khamis, 16 April 2020

HADITH KEWAJIPAN ISTERI UNTUK TAAT KEPADA SUAMI


Rasulullah SAW bersabda :

إِذَا صَلَّتِ اْلمَرْأَةُ خَمْسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا، قِيْلَ لَهَا ادْخُلِي الْجَنَّةَ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِهَا شِئْتِ

Maksudnya :
“Apabila seseorang wanita itu menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya (menjaga kehormatannya) dan TAAT KEPADA SUAMINYA, maka akan dikatakan kepadanya (di akhirat nanti) : “Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana sahaja yang kamu kehendaki.”
- [Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad (XVI/228, no. 250), dan dinilai SAHIH di dalam kitab Sahih al-Jami' al-Saghir (no. 660)].

Terdapat sebuah lagi hadith yang memberikan pengertian yang sama iaitu sabda Rasulullah SAW :

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا، دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شَاءَتْ

Maksudnya :
“Apabila seseorang isteri mengerjakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya (menjaga kehormatannya) dan TAAT KEPADA SUAMINYA, nescaya dia akan masuk ke dalam syurga dari pintu mana sahaja yang dikehendakinya.”
- [Hadith HASAN SAHIH. Hadith ini diriwayatkan oleh Ibnu Hibban (no. 1296 di dalam kitab al-Mawarid) daripada Abu Hurairah r.a. Rujuk : Sahih Mawarid al-Zam’an (no. 1081)].

Istilah TAAT di sini bermaksud suami memiliki hak terhadap isterinya untuk DITAATI dalam seluruh perkara ma’ruf (kebaikan) asalkan ia BUKAN perkara dosa dan maksiat yang dilarang oleh Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda :

إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْـمَعْرُوْفِ

Maksudnya :
“Ketaatan itu hanyalah dalam perkara yang ma’ruf (kebaikan).”
- [Hadith SAHIH riwayat Imam al-Bukhari (no. 7145) dan Imam Muslim (no. 4742)].

Baginda SAW juga pernah bersabda :

لاَ طَاعَةَ لِـمَخْلُوْقٍ فِي مَعْصِيَةِ اللهِ

Maksudnya :
“Tiada ketaatan kepada makhluk dalam melakukan maksiat kepada Allah.”
- (Hadith riwayat Imam Ahmad, 1/131. Hadith ini DISAHIHKAN SANADNYA oleh Syeikh Ahmad Syakir di dalam syarah dan catatan kakinya terhadap kitab Musnad al-Imam Ahmad, dan DISAHIHKAN pula di dalam kitab al-Sahihah, no. 181).

WAllahu A’lam.


AL-FAQIR ILALLAH :

AL-FAQIR SYAMSUL HADI BIN ABDUL SUKOR
Pengajian al-Quran dan al-Sunnah (PBJJ)
Pusat Kajian al-Quran Dan al-Sunnah
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
(Khamis, 22 Sya’ban 1441 Hijriyyah / 16 April 2020)
www.syamsulhadisukor.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan