Sabtu, 11 Julai 2020

DOA MEMOHON KEPADA ALLAH SWT SUPAYA DIMUDAHKAN URUSAN DAN DICUKUPKAN SEGALA KEPERLUAN


1) DOA PERTAMA :

رَبَّنَا اٰتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَّهَيِّئْ لَنَا مِنْ اَمْرِنَا رَشَدًا.

Maksudnya :
“Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami rahmat daripada sisi-Mu. Dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami.”
- (Surah al-Kahfi, ayat 10).


2) DOA KEDUA :

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى.

Maksudnya :
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu hidayah (petunjuk), ketaqwaan, kewaspadaan (daripada perkara yang merosakkan), dan kekayaan.”
- (Hadith Sahih riwayat Imam Muslim, nombor 2721 dan 4898, daripada Abdullah bin Mas’ud).

Ataupun jika ramai :

اللَّهُمَّ إِنِّا نَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى.

Maksudnya :
“Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu hidayah (petunjuk), ketaqwaan, kewaspadaan (daripada perkara yang merosakkan), dan kekayaan.”


3) MENGAMALKAN AYAT KE-129 SURAH AL-TAUBAH.

Dinyatakan dalam sebuah hadith Rasulullah SAW :

مَن قال في كلِّ يومٍ حينَ يُصبِحُ وحينَ يُمْسي : حَسبيَ اللهُ لا إلهَ إلَّا هو، عليه تَوكَّلْتُ، وهو ربُّ العَرشِ العَظيمِ، سَبعَ مراتٍ، كَفاه اللهُ ما أهَمَّه من أمرِ الدُّنيا والآخِرةِ.

Maksudnya :
“Sesiapa yang membaca pada setiap hari ketika waktu pagi dan ketika waktu petang “Hasbi Allah La Ilaha Illa Huwa ‘Alaihi Tawakkaltu Wahuwa Rabbul ‘Arsyil ‘Azim” sebanyak TUJUH KALI, (maka nescaya) Allah akan mencukupkan kepadanya apa-apa urusan yang penting daripada urusan dunia dan akhirat.”
- (Hadith nukilan Syu’aib al-Arna’ut, Takhrij Zad al-Ma’ad, nombor 2/342, daripada Abu al-Darda’. Syu’aib al-Arna’ut menyatakan bahawa isnad hadith ini Sahih).


4) MENGAMALKAN SURAH 3 QUL (SURAH AL-IKHLAS, SURAH AL-FALAQ DAN SURAH AL-NAS).

Dinyatakan dalam sebuah hadith :

عن خبيبٍ الجُهَنِيّ قال : قال لي رسولُ اللهِ صلى الله عليه وآله وسلم : قُلْ، فسكَتَ، ثم قال : قُلْ، فلم أدْرِ ما أقول، ثم قال لي الثالثة قل، فقلت : ماذا أقولُ يا رسولَ اللهِ؟ قال : { قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ } و{ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الفَلَقِ } و{ قُلْ أَعُوذُ بِرَبّ النّاسِ } ثلاثَ مراتٍ حين تصبحُ وحين تُمْسِي تَكْفيكَ من كل شيء.

Maksudnya :
Daripada Khubaib al-Juhani, dia berkata : Rasulullah SAW telah bersabda kepadaku : “Katakanlah.” Tetapi aku berdiam diri (tidak berkata apa-apa). Kemudian Baginda bersabda : “Katakanlah.” Tetapi aku tidak tahu apakah yang perlu aku katakan. Kemudian Baginda bersabda kepadaku buat kali ketiga : “Katakanlah.” Maka aku pun berkata : “Apakah yang aku perlu katakan wahai Rasulullah?” Baginda bersabda : “Qul Huwa Allahu Ahad, dan Qul A’uzu Birabbil Falaq, dan Qul A’uzu Birabbin Nas, (bacalah ketiga-tiga surah ini sebanyak) TIGA KALI ketika waktu pagi dan ketika waktu petang, (maka nescaya) ia sudah mencukupi bagi kamu daripada segala sesuatu.”
- (Hadith nukilan Ibnu Hajar al-‘Asqolani, Al-Isobah, nombor 1/419, daripada Khubaib al-Juhani).


WAllahu A’lam.

AL-FAQIR ILALLAH :

AL-FAQIR SYAMSUL HADI BIN ABDUL SUKOR.
(Sabtu, 19 Zul Qa’idah 1441 Hijriyyah / 11 Julai 2020).

DOA DARIPADA HADITH RASULULLAH SAW UNTUK ORANG YANG SAKIT


1) DOA PERTAMA :

Daripada Aisyah r.a, beliau berkata (bahawa maksudnya) : “Sesungguhnya Nabi SAW meminta perlindungan kepada Allah untuk ahli keluarganya. Baginda mengusap dengan tangan kanannya dan berdoa :

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ، أَذْهِبِ الْبَأْسَ، اِشْفِهِ، وأَنْتَ الشَّافِي، لاَ شِفَآءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

Maksudnya :
“Ya Allah, Tuhan bagi manusia. Hilangkanlah kesusahan, dan berikanlah dia kesembuhan. Engkaulah Tuhan Yang Maha Menyembuhkan. Tiada kesembuhan kecuali kesembuhan daripada-Mu. Kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.”
- (Hadith Sahih riwayat Imam al-Bukhari, no. 535, dan Imam Muslim, no. 2191).


2) DOA KEDUA :

Daripada Abdul Aziz bin Sohib, dia berkata : “Aku dan Thabit datang menemui Anas bin Malik. Kemudian Thabit berkata : “Wahai Abu Hamzah (gelaran bagi Anas bin Malik), aku disengat binatang.” Anas bin Malik berkata : “Adakah kamu mahu aku bacakan ruqyah (bacaan doa atau jampi) dengan ruqyah yang dibacakan oleh Rasulullah SAW?” Thabit berkata : “Sudah tentu (aku mahu).” Kemudian Anas bin Malik pun membaca doa (ruqyah) :

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ، مُذْهِبِ الْبَأْس، اِشْفِ، أَنْتَ الشَّافِي، لاَ شِفَآءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

Maksudnya :
“Ya Allah, Tuhan bagi manusia, Tuhan yang menghilangkan kesusahan, berikanlah kesembuhan. Engkaulah Tuhan Yang Maha Menyembuhkan.  Tiada yang menyembuhkan kecuali kesembuhan daripada-Mu. Kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.”
- (Hadith Sahih riwayat Imam al-Bukhari, no. 541).


3) DOA KETIGA :

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW membacakan doa di bawah ini ketika Baginda meruqyah salah seorang Sahabat.

اِمْسَحِ الْبَأْسَ رَبَّ النَّاسِ، بِيَدِك الشِّفَاءُ، لَا كَاشِفَ لَهُ إلَّا أَنْتَ.

Maksudnya :
“Hilangkanlah kesusahan ini wahai Tuhan bagi manusia. Dengan kekuasaan-Mu segala kesembuhan itu. Tiada yang dapat menyembuhkannya kecuali Engkau.”
- (Rujukan : Imam al-Nawawi. 1391H/1971M. Al-Azkar. Damsyiq, Syria : Darul Mallah. Halaman 113).


4) DOA KEEMPAT :

Imam Abu Daud dan Imam al-Tirmizi meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menganjurkan supaya membaca doa berikut sebanyak TUJUH KALI di hadapan orang yang sakit. Menerusi doa ini, semoga Allah SWT menghilangkan penyakit yang dialami oleh orang yang sakit tersebut.

أَسْأَلُ اللهَ الْعَظِيْمَ، رَبَ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، أَنْ يَشْفِيَكَ.

Maksudnya :
“Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan bagi Arasy yang mulia, supaya menyembuhkan kamu.”
- (Rujukan : Imam al-Nawawi. 1391H/1971M. Al-Azkar. Damsyiq, Syria : Darul Mallah. Halaman 114).


5) DOA KELIMA :

Kita juga dapat mendoakan kesembuhan dengan menyebutkan terus nama orang yang sakit. Perkara ini dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika menziarahi Sa’ad bin Abi Waqqas sepertimana yang dinyatakan dalam hadith riwayat Imam Muslim.

Berikut ialah doa Rasulullah kepada Sa’ad :

اللَّهُمَّ اشْفِ سَعْدًا، اللَّهُمَّ اشْفِ سَعْدًا، اللَّهُمَّ اشْفِ سَعْدًا.

Maksudnya :
“Wahai Tuhanku, sembuhkanlah Sa’ad. Wahai Tuhanku, sembuhkanlah Sa’ad. Wahai Tuhanku, sembuhkanlah Sa’ad.”
- (Rujukan : Imam al-Nawawi. 1391H/1971M. Al-Azkar. Damsyiq, Syria : Darul Mallah. Halaman 114).

Maka, kita tukarkan nama Sa’ad dengan nama orang yang sakit di hadapan kita :

اللَّهُمَّ اشْفِ (.....)، اللَّهُمَّ اشْفِ (.....)، اللَّهُمَّ اشْفِ (.....).


6) DOA KEENAM :

Berikut ialah doa yang dibacakan oleh Rasulullah SAW ketika menziarahi Salman al-Farisi r.a sepertimana yang dinyatakan melalui hadith riwayat Ibnu Sunni.

شَفَى اللهُ سَقَمَكَ، وَغَفَرَ ذَنْبَكَ، وَعَافَاكَ فِي دِيْنِكَ وَجِسْمِكَ إِلَى مُدَّةِ أَجَلِكَ.

Maksudnya :
“Semoga Allah menyembuhkan kamu, mengampuni dosa kamu, dan mengafiatkan kamu dalam urusan agama dan tubuh badan kamu di sepanjang usia.”
- (Rujukan : Imam al-Nawawi. 1391H/1971M. Al-Azkar. Damsyiq, Syria : Darul Mallah. Halaman 115).



WAllahu A’lam.

AL-FAQIR ILALLAH :

AL-FAQIR SYAMSUL HADI BIN ABDUL SUKOR.
(Sabtu, 19 Zul Qa’idah 1441 Hijriyyah / 11 Julai 2020).

Selasa, 7 Julai 2020

PRINSIP HIDUP 5 : TERUS MELAKUKAN KEBAIKAN DEMI KEBAIKAN WALAUPUN TIDAK DIPANDANG ORANG DAN TIDAK DIHARGAI MANUSIA


۞وَٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ وَلَا تُشۡرِكُواْ بِهِۦ شَيۡ‍ٔٗاۖ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنٗا وَبِذِي ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡيَتَٰمَىٰ وَٱلۡمَسَٰكِينِ وَٱلۡجَارِ ذِي ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡجَارِ ٱلۡجُنُبِ وَٱلصَّاحِبِ بِٱلۡجَنۢبِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتۡ أَيۡمَٰنُكُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن كَانَ مُخۡتَالٗا فَخُورًا ٣٦

Maksudnya :
“DAN HENDAKLAH KAMU BERIBADAH KEPADA ALLAH DAN JANGANLAH KAMU MENSYIRIKKAN-NYA DENGAN SESUATU APAPUN. DAN HENDAKLAH KAMU BERBUAT BAIK KEPADA KEDUA-DUA IBU BAPA, KAUM KERABAT, ANAK-ANAK YATIM, ORANG-ORANG MISKIN, JIRAN TETANGGA YANG DEKAT, JIRAN TETANGGA YANG JAUH, RAKAN SEJAWAT, ORANG MUSAFIR YANG TERLANTAR, DAN JUGA HAMBA YANG KAMU MILIKI. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK SUKA KEPADA ORANG-ORANG YANG SOMBONG DAN MEMBANGGA-BANGGAKAN DIRI.”
- (Surah al-Nisa, ayat 36).

۞لِّلَّذِينَ أَحۡسَنُواْ ٱلۡحُسۡنَىٰ وَزِيَادَةٞۖ وَلَا يَرۡهَقُ وُجُوهَهُمۡ قَتَرٞوَلَا ذِلَّةٌۚ أُوْلَٰٓئِكَ أَصۡحَٰبُ ٱلۡجَنَّةِۖ هُمۡ فِيهَا خَٰلِدُونَ ٢٦

Maksudnya :
“UNTUK ORANG-ORANG YANG BERUSAHA MENJADIKAN AMALANNYA BAIK (MAKA) DIKURNIAKAN SEGALA KEBAIKAN DAN SATU TAMBAHAN YANG MULIA SERTA AIR MUKA MEREKA PULA (BERSERI-SERI) TIDAK DILIPUTI OLEH SEBARANG KESEDIHAN DAN KEHINAAN. MEREKA ITULAH AHLI SYURGA, (SESUNGGUHNYA) MEREKA KEKAL DI DALAMNYA SELAMA-LAMANYA.”
- (Surah Yunus, ayat 26).

Prinsip Hidup Kelima.
Peringatan Untuk Diriku.

AL-FAQIR SYAMSUL HADI BIN ABDUL SUKOR

Isnin, 6 Julai 2020

BERJIWA PENYAYANG DAN PEMURAH, MENGASIHANI ORANG LAIN DAN SUKA MEMBANTU, MERENDAH DIRI (TAWADHU’) DAN MEMULIAKAN ORANG LAIN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA AKHLAK MULIA


Sabda Nabi SAW :

أَكْمَلُ المُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا.

Maksudnya :
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang PALING BAIK AKHLAKNYA.”
- (Hadith riwayat Imam al-Tirmizi, no. 1162. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. Imam al-Tirmizi berkata bahawa hadith ini Hasan Sahih).

Rasulullah SAW bersabda :

إِنَّ مِنْ أَحَبِّكُمْ إِلَيَّ وَأَقْرَبِكُمْ مِنِّي مَجْلِسًا يَوْمَ القِيَامَةِ أَحَاسِنَكُمْ أَخْلَاقًا

Maksudnya :
“Sesungguhnya (orang) yang paling aku cintai daripada kamu semua dan (orang) yang paling dekat kedudukannya denganku pada hari Kiamat nanti ialah (orang) yang PALING BAIK AKHLAKNYA.”
- (Hadith riwayat Imam al-Tirmizi, Jami’ al-Tirmizi, Kitab al-Birr Wa al-Silah, no. 2018. Diriwayatkan daripada Jabir r.a. Imam al-Tirmizi berkata bahawa hadith ini Hasan Gharib. Hadith ini mempunyai beberapa Syawahid. Rujuk : Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, no. 791).

Rasulullah SAW bersabda :

الرَّاحمونَ يرحمُهمُ الرَّحمنُ، ارحموا مَن في الأرضِ، يرحَمْكم مَن في السَّماءِ

Maksudnya :
“Orang-orang yang PENYAYANG sudah pasti mereka akan disayangi oleh al-Rahman (Allah SWT). (Maka) SAYANGILAH kamu semua kepada sesiapa (setiap manusia) yang berada di bumi. (Nescaya) kamu semua akan disayangi oleh sesiapa (para penghuni) yang berada di langit.”
- (Hadith riwayat Imam Abu Daud, no. 4941, Imam al-Tirmizi, no. 1924, dan Imam Ahmad, no. 6494. Hadith ini dinilai Hasan oleh Imam Ibnu Hajar al-‘Asqolani dalam kitabnya Takhrij Misykah al-Masobih).

Daripada Abdullah bin Abbas r.a, dia berkata bahawa Nabi SAW bersabda :

لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا وَيُوَقِّرْ كَبِيرَنَا.

Maksudnya :
“BUKANLAH DARIPADA KALANGAN KAMI (orang-orang yang beriman) bagi sesiapa yang TIDAK MENYAYANGI orang yang muda (lebih kecil usia) dan orang yang TIDAK MENGHORMATI orang yang tua (lebih berusia).”
- (Hadith riwayat Imam al-Tirmizi, no. 1921. Hadith ini dinilai Sahih dalam kitab Sahih al-Jami’, no. 5445).

Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi SAW bersabda :

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنيَا نَفَّسَ اللهُ عنهُ كربَةً مِنْ كُرَبِ يومِ القيَامَةِ، ومنْ يسَّرَ عَلى مُعسِرٍ يسَّرَ اللهُ عليهِ فِي الدُنيَا والآخِرَةِ، ومَنْ سَتَرَ مُسْلِماً سَتَرَهُ اللهُ فِي الدُّنيَا والآخِرَةِ، واللهُ فِي عَوْنِ العَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عونِ أخيهِ

Maksudnya :
“Sesiapa yang meringankan satu kesusahan seseorang mukmin daripada kesusahan-kesusahan dunia, (maka) Allah SWT akan meringankannya satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan pada hari Kiamat. Sesiapa yang memudahkan (kesusahan yang dialami oleh) orang yang dalam kesempitan, (maka) Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup (keaiban) seseorang muslim, (maka) Allah akan menutup (keaibannya) di dunia dan akhirat. SESUNGGUHNYA ALLAH SENTIASA MENOLONG SESEORANG HAMBA SELAGIMANA HAMBA-NYA ITU MENOLONG SAUDARANYA.”
- (Hadith Sahih riwayat Imam Muslim, no. 2699).

Allah SWT berfirman dalam al-Qur’an :

۞لَّيۡسَ ٱلۡبِرَّ أَن تُوَلُّواْ وُجُوهَكُمۡ قِبَلَ ٱلۡمَشۡرِقِ وَٱلۡمَغۡرِبِ وَلَٰكِنَّ ٱلۡبِرَّ مَنۡ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِ وَٱلۡمَلَٰٓئِكَةِ وَٱلۡكِتَٰبِ وَٱلنَّبِيِّ‍ۧنَ وَءَاتَى ٱلۡمَالَ عَلَىٰ حُبِّهِۦ ذَوِي ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡيَتَٰمَىٰ وَٱلۡمَسَٰكِينَ وَٱبۡنَ ٱلسَّبِيلِ وَٱلسَّآئِلِينَ وَفِي ٱلرِّقَابِ وَأَقَامَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَى ٱلزَّكَوٰةَ وَٱلۡمُوفُونَ بِعَهۡدِهِمۡ إِذَا عَٰهَدُواْۖ وَٱلصَّٰبِرِينَ فِي ٱلۡبَأۡسَآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَحِينَ ٱلۡبَأۡسِۗ أُوْلَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْۖ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُتَّقُونَ ١٧٧

Maksudnya :
“Bukanlah menghadapkan wajah kamu ke arah Timur dan Barat itu suatu kebajikan. Tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah (apabila kamu) beriman kepada Allah, hari Akhirat, malaikat-malaikat, kitab-kitab dan nabi-nabi, serta memberikan harta yang disukainya kepada kaum kerabat (ahli-ahli keluarga), anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan), dan orang yang meminta-minta, serta (memerdekakan) hamba, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan orang-orang yang menepati janjinya apabila dia berjanji, serta orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG BENAR (KEIMANANNYA), DAN MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG BERTAQWA.”
- (Surah al-Baqarah, ayat 177).

BERJIWA PENYAYANG DAN PEMURAH, MENGASIHANI ORANG LAIN DAN SUKA MEMBANTU, MERENDAH DIRI (TAWADHU’) DAN MEMULIAKAN ORANG LAIN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA AKHLAK MULIA yang perlu ada dalam diri setiap muslim yang beriman, dan ia wajib diamalkan bagi mencapai keredhaan Allah SWT. Kerana ia adalah antara ciri-ciri orang yang benar keimanannya dan juga ciri-ciri orang bertaqwa kepada Allah SWT. Justeru, renung-renungkanlah dan selamat beramal.

AL-FAQIR ILALLAH :

AL-FAQIR SYAMSUL HADI BIN ABDUL SUKOR.
(Isnin, 14 Zul Qa’idah 1441 Hijriyyah / 6 Julai 2020).