Sabtu, 11 Julai 2020

DOA MEMOHON KEPADA ALLAH SWT SUPAYA DIMUDAHKAN URUSAN DAN DICUKUPKAN SEGALA KEPERLUAN


1) DOA PERTAMA :

رَبَّنَا اٰتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَّهَيِّئْ لَنَا مِنْ اَمْرِنَا رَشَدًا.

Maksudnya :
“Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami rahmat daripada sisi-Mu. Dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami.”
- (Surah al-Kahfi, ayat 10).


2) DOA KEDUA :

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى.

Maksudnya :
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu hidayah (petunjuk), ketaqwaan, kewaspadaan (daripada perkara yang merosakkan), dan kekayaan.”
- (Hadith Sahih riwayat Imam Muslim, nombor 2721 dan 4898, daripada Abdullah bin Mas’ud).

Ataupun jika ramai :

اللَّهُمَّ إِنِّا نَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى.

Maksudnya :
“Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu hidayah (petunjuk), ketaqwaan, kewaspadaan (daripada perkara yang merosakkan), dan kekayaan.”


3) MENGAMALKAN AYAT KE-129 SURAH AL-TAUBAH.

Dinyatakan dalam sebuah hadith Rasulullah SAW :

مَن قال في كلِّ يومٍ حينَ يُصبِحُ وحينَ يُمْسي : حَسبيَ اللهُ لا إلهَ إلَّا هو، عليه تَوكَّلْتُ، وهو ربُّ العَرشِ العَظيمِ، سَبعَ مراتٍ، كَفاه اللهُ ما أهَمَّه من أمرِ الدُّنيا والآخِرةِ.

Maksudnya :
“Sesiapa yang membaca pada setiap hari ketika waktu pagi dan ketika waktu petang “Hasbi Allah La Ilaha Illa Huwa ‘Alaihi Tawakkaltu Wahuwa Rabbul ‘Arsyil ‘Azim” sebanyak TUJUH KALI, (maka nescaya) Allah akan mencukupkan kepadanya apa-apa urusan yang penting daripada urusan dunia dan akhirat.”
- (Hadith nukilan Syu’aib al-Arna’ut, Takhrij Zad al-Ma’ad, nombor 2/342, daripada Abu al-Darda’. Syu’aib al-Arna’ut menyatakan bahawa isnad hadith ini Sahih).


4) MENGAMALKAN SURAH 3 QUL (SURAH AL-IKHLAS, SURAH AL-FALAQ DAN SURAH AL-NAS).

Dinyatakan dalam sebuah hadith :

عن خبيبٍ الجُهَنِيّ قال : قال لي رسولُ اللهِ صلى الله عليه وآله وسلم : قُلْ، فسكَتَ، ثم قال : قُلْ، فلم أدْرِ ما أقول، ثم قال لي الثالثة قل، فقلت : ماذا أقولُ يا رسولَ اللهِ؟ قال : { قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ } و{ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الفَلَقِ } و{ قُلْ أَعُوذُ بِرَبّ النّاسِ } ثلاثَ مراتٍ حين تصبحُ وحين تُمْسِي تَكْفيكَ من كل شيء.

Maksudnya :
Daripada Khubaib al-Juhani, dia berkata : Rasulullah SAW telah bersabda kepadaku : “Katakanlah.” Tetapi aku berdiam diri (tidak berkata apa-apa). Kemudian Baginda bersabda : “Katakanlah.” Tetapi aku tidak tahu apakah yang perlu aku katakan. Kemudian Baginda bersabda kepadaku buat kali ketiga : “Katakanlah.” Maka aku pun berkata : “Apakah yang aku perlu katakan wahai Rasulullah?” Baginda bersabda : “Qul Huwa Allahu Ahad, dan Qul A’uzu Birabbil Falaq, dan Qul A’uzu Birabbin Nas, (bacalah ketiga-tiga surah ini sebanyak) TIGA KALI ketika waktu pagi dan ketika waktu petang, (maka nescaya) ia sudah mencukupi bagi kamu daripada segala sesuatu.”
- (Hadith nukilan Ibnu Hajar al-‘Asqolani, Al-Isobah, nombor 1/419, daripada Khubaib al-Juhani).


WAllahu A’lam.

AL-FAQIR ILALLAH :

AL-FAQIR SYAMSUL HADI BIN ABDUL SUKOR.
(Sabtu, 19 Zul Qa’idah 1441 Hijriyyah / 11 Julai 2020).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan