Isnin, 6 Julai 2020

BERJIWA PENYAYANG DAN PEMURAH, MENGASIHANI ORANG LAIN DAN SUKA MEMBANTU, MERENDAH DIRI (TAWADHU’) DAN MEMULIAKAN ORANG LAIN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA AKHLAK MULIA


Sabda Nabi SAW :

أَكْمَلُ المُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا.

Maksudnya :
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang PALING BAIK AKHLAKNYA.”
- (Hadith riwayat Imam al-Tirmizi, no. 1162. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. Imam al-Tirmizi berkata bahawa hadith ini Hasan Sahih).

Rasulullah SAW bersabda :

إِنَّ مِنْ أَحَبِّكُمْ إِلَيَّ وَأَقْرَبِكُمْ مِنِّي مَجْلِسًا يَوْمَ القِيَامَةِ أَحَاسِنَكُمْ أَخْلَاقًا

Maksudnya :
“Sesungguhnya (orang) yang paling aku cintai daripada kamu semua dan (orang) yang paling dekat kedudukannya denganku pada hari Kiamat nanti ialah (orang) yang PALING BAIK AKHLAKNYA.”
- (Hadith riwayat Imam al-Tirmizi, Jami’ al-Tirmizi, Kitab al-Birr Wa al-Silah, no. 2018. Diriwayatkan daripada Jabir r.a. Imam al-Tirmizi berkata bahawa hadith ini Hasan Gharib. Hadith ini mempunyai beberapa Syawahid. Rujuk : Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, no. 791).

Rasulullah SAW bersabda :

الرَّاحمونَ يرحمُهمُ الرَّحمنُ، ارحموا مَن في الأرضِ، يرحَمْكم مَن في السَّماءِ

Maksudnya :
“Orang-orang yang PENYAYANG sudah pasti mereka akan disayangi oleh al-Rahman (Allah SWT). (Maka) SAYANGILAH kamu semua kepada sesiapa (setiap manusia) yang berada di bumi. (Nescaya) kamu semua akan disayangi oleh sesiapa (para penghuni) yang berada di langit.”
- (Hadith riwayat Imam Abu Daud, no. 4941, Imam al-Tirmizi, no. 1924, dan Imam Ahmad, no. 6494. Hadith ini dinilai Hasan oleh Imam Ibnu Hajar al-‘Asqolani dalam kitabnya Takhrij Misykah al-Masobih).

Daripada Abdullah bin Abbas r.a, dia berkata bahawa Nabi SAW bersabda :

لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا وَيُوَقِّرْ كَبِيرَنَا.

Maksudnya :
“BUKANLAH DARIPADA KALANGAN KAMI (orang-orang yang beriman) bagi sesiapa yang TIDAK MENYAYANGI orang yang muda (lebih kecil usia) dan orang yang TIDAK MENGHORMATI orang yang tua (lebih berusia).”
- (Hadith riwayat Imam al-Tirmizi, no. 1921. Hadith ini dinilai Sahih dalam kitab Sahih al-Jami’, no. 5445).

Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi SAW bersabda :

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنيَا نَفَّسَ اللهُ عنهُ كربَةً مِنْ كُرَبِ يومِ القيَامَةِ، ومنْ يسَّرَ عَلى مُعسِرٍ يسَّرَ اللهُ عليهِ فِي الدُنيَا والآخِرَةِ، ومَنْ سَتَرَ مُسْلِماً سَتَرَهُ اللهُ فِي الدُّنيَا والآخِرَةِ، واللهُ فِي عَوْنِ العَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عونِ أخيهِ

Maksudnya :
“Sesiapa yang meringankan satu kesusahan seseorang mukmin daripada kesusahan-kesusahan dunia, (maka) Allah SWT akan meringankannya satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan pada hari Kiamat. Sesiapa yang memudahkan (kesusahan yang dialami oleh) orang yang dalam kesempitan, (maka) Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup (keaiban) seseorang muslim, (maka) Allah akan menutup (keaibannya) di dunia dan akhirat. SESUNGGUHNYA ALLAH SENTIASA MENOLONG SESEORANG HAMBA SELAGIMANA HAMBA-NYA ITU MENOLONG SAUDARANYA.”
- (Hadith Sahih riwayat Imam Muslim, no. 2699).

Allah SWT berfirman dalam al-Qur’an :

۞لَّيۡسَ ٱلۡبِرَّ أَن تُوَلُّواْ وُجُوهَكُمۡ قِبَلَ ٱلۡمَشۡرِقِ وَٱلۡمَغۡرِبِ وَلَٰكِنَّ ٱلۡبِرَّ مَنۡ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِ وَٱلۡمَلَٰٓئِكَةِ وَٱلۡكِتَٰبِ وَٱلنَّبِيِّ‍ۧنَ وَءَاتَى ٱلۡمَالَ عَلَىٰ حُبِّهِۦ ذَوِي ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡيَتَٰمَىٰ وَٱلۡمَسَٰكِينَ وَٱبۡنَ ٱلسَّبِيلِ وَٱلسَّآئِلِينَ وَفِي ٱلرِّقَابِ وَأَقَامَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَى ٱلزَّكَوٰةَ وَٱلۡمُوفُونَ بِعَهۡدِهِمۡ إِذَا عَٰهَدُواْۖ وَٱلصَّٰبِرِينَ فِي ٱلۡبَأۡسَآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَحِينَ ٱلۡبَأۡسِۗ أُوْلَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْۖ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُتَّقُونَ ١٧٧

Maksudnya :
“Bukanlah menghadapkan wajah kamu ke arah Timur dan Barat itu suatu kebajikan. Tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah (apabila kamu) beriman kepada Allah, hari Akhirat, malaikat-malaikat, kitab-kitab dan nabi-nabi, serta memberikan harta yang disukainya kepada kaum kerabat (ahli-ahli keluarga), anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan), dan orang yang meminta-minta, serta (memerdekakan) hamba, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan orang-orang yang menepati janjinya apabila dia berjanji, serta orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG BENAR (KEIMANANNYA), DAN MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG BERTAQWA.”
- (Surah al-Baqarah, ayat 177).

BERJIWA PENYAYANG DAN PEMURAH, MENGASIHANI ORANG LAIN DAN SUKA MEMBANTU, MERENDAH DIRI (TAWADHU’) DAN MEMULIAKAN ORANG LAIN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA AKHLAK MULIA yang perlu ada dalam diri setiap muslim yang beriman, dan ia wajib diamalkan bagi mencapai keredhaan Allah SWT. Kerana ia adalah antara ciri-ciri orang yang benar keimanannya dan juga ciri-ciri orang bertaqwa kepada Allah SWT. Justeru, renung-renungkanlah dan selamat beramal.

AL-FAQIR ILALLAH :

AL-FAQIR SYAMSUL HADI BIN ABDUL SUKOR.
(Isnin, 14 Zul Qa’idah 1441 Hijriyyah / 6 Julai 2020).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan