1) DOA PERTAMA :
Daripada Aisyah
r.a, beliau berkata (bahawa maksudnya) : “Sesungguhnya Nabi SAW meminta
perlindungan kepada Allah untuk ahli keluarganya. Baginda mengusap dengan
tangan kanannya dan berdoa :
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ، أَذْهِبِ الْبَأْسَ، اِشْفِهِ، وأَنْتَ الشَّافِي،
لاَ شِفَآءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا
Maksudnya :
“Ya Allah, Tuhan
bagi manusia. Hilangkanlah kesusahan, dan berikanlah dia kesembuhan. Engkaulah
Tuhan Yang Maha Menyembuhkan. Tiada kesembuhan kecuali kesembuhan daripada-Mu.
Kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.”
- (Hadith Sahih
riwayat Imam al-Bukhari, no. 535, dan Imam Muslim, no. 2191).
2) DOA KEDUA :
Daripada Abdul Aziz
bin Sohib, dia berkata : “Aku dan Thabit datang menemui Anas bin Malik.
Kemudian Thabit berkata : “Wahai Abu Hamzah (gelaran bagi Anas bin Malik), aku
disengat binatang.” Anas bin Malik berkata : “Adakah kamu mahu aku bacakan ruqyah
(bacaan doa atau jampi) dengan ruqyah yang dibacakan oleh Rasulullah SAW?” Thabit berkata : “Sudah
tentu (aku mahu).” Kemudian Anas bin Malik pun membaca doa (ruqyah) :
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ، مُذْهِبِ الْبَأْس، اِشْفِ، أَنْتَ الشَّافِي، لاَ
شِفَآءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا
Maksudnya :
“Ya Allah, Tuhan
bagi manusia, Tuhan yang menghilangkan kesusahan, berikanlah kesembuhan.
Engkaulah Tuhan Yang Maha Menyembuhkan.
Tiada yang menyembuhkan kecuali kesembuhan daripada-Mu. Kesembuhan yang
tidak meninggalkan penyakit.”
- (Hadith Sahih
riwayat Imam al-Bukhari, no. 541).
3) DOA KETIGA :
Dalam riwayat yang
lain, Rasulullah SAW membacakan doa di bawah ini ketika Baginda meruqyah salah
seorang Sahabat.
اِمْسَحِ الْبَأْسَ رَبَّ النَّاسِ، بِيَدِك الشِّفَاءُ، لَا كَاشِفَ لَهُ إلَّا
أَنْتَ.
Maksudnya :
“Hilangkanlah
kesusahan ini wahai Tuhan bagi manusia. Dengan kekuasaan-Mu segala kesembuhan
itu. Tiada yang dapat menyembuhkannya kecuali Engkau.”
- (Rujukan : Imam
al-Nawawi. 1391H/1971M. Al-Azkar. Damsyiq, Syria : Darul Mallah. Halaman
113).
4) DOA KEEMPAT :
Imam Abu Daud dan
Imam al-Tirmizi meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menganjurkan supaya membaca
doa berikut sebanyak TUJUH KALI di hadapan orang yang sakit. Menerusi doa
ini, semoga Allah SWT menghilangkan penyakit yang dialami oleh orang yang sakit
tersebut.
أَسْأَلُ اللهَ الْعَظِيْمَ، رَبَ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، أَنْ يَشْفِيَكَ.
Maksudnya :
“Aku memohon kepada
Allah Yang Maha Agung, Tuhan bagi Arasy yang mulia, supaya menyembuhkan kamu.”
- (Rujukan : Imam
al-Nawawi. 1391H/1971M. Al-Azkar. Damsyiq, Syria : Darul Mallah. Halaman
114).
5) DOA KELIMA :
Kita juga dapat
mendoakan kesembuhan dengan menyebutkan terus nama orang yang sakit. Perkara ini
dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika menziarahi Sa’ad bin Abi Waqqas
sepertimana yang dinyatakan dalam hadith riwayat Imam Muslim.
Berikut ialah doa
Rasulullah kepada Sa’ad :
اللَّهُمَّ اشْفِ سَعْدًا، اللَّهُمَّ اشْفِ سَعْدًا، اللَّهُمَّ اشْفِ سَعْدًا.
Maksudnya :
“Wahai Tuhanku,
sembuhkanlah Sa’ad. Wahai Tuhanku, sembuhkanlah Sa’ad. Wahai Tuhanku,
sembuhkanlah Sa’ad.”
- (Rujukan : Imam
al-Nawawi. 1391H/1971M. Al-Azkar. Damsyiq, Syria : Darul Mallah. Halaman
114).
Maka, kita tukarkan
nama Sa’ad dengan nama orang yang sakit di hadapan kita :
اللَّهُمَّ اشْفِ (.....)، اللَّهُمَّ اشْفِ (.....)، اللَّهُمَّ اشْفِ
(.....).
6) DOA KEENAM :
Berikut ialah doa
yang dibacakan oleh Rasulullah SAW ketika menziarahi Salman al-Farisi r.a
sepertimana yang dinyatakan melalui hadith riwayat Ibnu Sunni.
شَفَى اللهُ سَقَمَكَ، وَغَفَرَ ذَنْبَكَ، وَعَافَاكَ فِي دِيْنِكَ وَجِسْمِكَ
إِلَى مُدَّةِ أَجَلِكَ.
Maksudnya :
“Semoga Allah
menyembuhkan kamu, mengampuni dosa kamu, dan mengafiatkan kamu dalam urusan
agama dan tubuh badan kamu di sepanjang usia.”
- (Rujukan : Imam
al-Nawawi. 1391H/1971M. Al-Azkar. Damsyiq, Syria : Darul Mallah. Halaman
115).
WAllahu A’lam.
AL-FAQIR ILALLAH :
AL-FAQIR SYAMSUL
HADI BIN ABDUL SUKOR.
(Sabtu, 19 Zul Qa’idah
1441 Hijriyyah / 11 Julai 2020).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan